Ainan was front page news, again, in Singapore, on the Berita Harian, on Saturday.
The Berita Harian had picked up on Ainan's latest development: the A level Practical Chemistry course at Raffles Junior College/Raffles Institution. For overseas visitors who don't know, Raffles is regularly voted the No.1 school in Singapore.
We were touched to note that Berita Harian, the Malay national daily of Singapore, had placed Ainan at the top of the front page, to the left, in the most prominent position. This kind of support that they are giving us, really helps in opening doors for Ainan and affording him the opportunities for development that he requires. It is much appreciated. Some of my readers have arrived on my blog after specifically searching for a supposed article by the Straits Times or Shin Min on the matter. However, neither The Straits Times (the English language daily) nor Shin Min (the Chinese daily) have picked up, yet, on this development - though they have covered other Ainan stories in the past.
I have decided to post the Berita Harian story here and will try to capture the other stories posted recently too, since I have discovered that newspapers don't keep stories active on their sites for long.
So here it is below. Forgive me that I haven't translated it. Perhaps I could get my wife to do so, sometime.
PELUANG CERAH DUDUKI UJIAN GCE 'A' RI, RJC tawar Ainan lakukan kerja-kerja praktikal di makmal. OlehSoraya Salim IMPIAN hampir menjadi kenyataan bagi budak tujuh tahun yang pintar dalam bidang kimia, Ainan Celeste Cawley. Hasratnya untuk menduduki peperiksaan subjek kimia GCE peringkat 'A' pada hujung tahun ini bakal tercapai kerana dia ditawarkan peluang melakukan kerja-kerja praktikal di makmal kimia oleh dua institusi terkemuka di sini.
Anak kacukan keturunan Ireland dan Melayu itu kini menerima bimbingan daripada dua guru kimia dari Raffles Institution (RI) dan Maktab Rendah Raffles (RJC).Dalam peperiksaan kimia GCE peringkat 'A', calon perlu menjalani ujian praktikal di makmal selain ujian teori.
Ainan mendapat perhatian ramai Mac lalu apabila berita dia lulus dalam peperiksaan kimia peringkat GCE 'O' disiarkan di akhbar. Meskipun hanya di darjah dua, pelajar sekolah rendah di kawasan Bukit Timah itu memperolehi gred 'C' dalam peperiksaan tersebut, iaitu markah antara 60 dengan 70 peratus.
'Sesi di makmal itu amat seronok sekali! Saya gemar melakukan semua eksperimen yang diajar. Kalau di rumah pun saya melakukan eksperimen tetapi menggunakan barang-barang dapur seperti serbuk penaik (baking powder),' kata Ainan ketika dihubungi.
Sejauh ini Ainan telah menjalani enam sesi praktikal di bawah bimbingan guru RI, Encik Ong Chian Jin, dan guru RJC, Encik Paul Cheong. Bahkan program yang dilaluinya itu telah dicipta khas untuk Ainan sendiri oleh kakitangan RI dan RJC di bawah satu program gabungan praktikal kimia kedua-dua institusi itu.
'Bagi bahagian teorinya pula, Ainan kini sedang belajar sendiri di rumah. Dia tidak menghadiri sebarang kelas di Raffles atau institusi lain.
'Akhirnya, pencarian selama 11 bulan untuk sebuah makmal kimia bagi Ainan sudah berakhir. Ini suatu berita yang amat menggembirakan kerana Ainan boleh melanjutkan pengajiannya dalam bidang kimia di peringkat lebih tinggi,' kata bapa Ainan, Encik Valentine Cawley, dalam satu e-mel kepada Berita Harian. Menurut ketua jabatan Bahasa Inggeris di Sekolah Linguaphone Education itu lagi, ini adalah perkembangan penting kerana ia akan membolehkan Ainan ke universiti dan melangkah setapak ke hadapan dalam mencapai impiannya menjadi seorang penyelidik sains.
Bakat Ainan dalam bidang kimia itu disedari Encik Cawley, 39 tahun, dan isterinya, Cik Syahidah Osman Cawley, 28 tahun, apabila dia berjaya memberi jawapan betul kepada semua soalan dalam buku teks kimia GCE 'O'.
Selain Ainan, pasangan itu mempunyai dua orang anak lagi - Fintan Nadym, tiga setengah tahun, dan Tiarnan Hasyl, satu tahun.
Ketika dihubungi kelmarin guru dari Jabatan Sains RI, Cik Theresa Lai, berkata pihaknya telah dimaklumkan tentang bakat Ainan oleh Cawangan Pendidikan Bijak Kementerian Pendidikan (MOE). 'Setelah bertemu dengannya, saya dapati Ainan memang seorang budak yang bijak. Apa yang saya perhatikan, ketika membuat ujian di makmal, dia dapat mengaitkan teori kimia dengan latihan praktikal yang dilakukannya dengan begitu pantas sekali,' katanya.
Menurut Cik Lai lagi, sebagai institusi yang mengambil 3 peratus pelajar terbaik, RI mempunyai peranan penting dalam mengembangkan bakat. 'Kami dapati setelah melalui sesi praktikal itu, minat Ainan dalam bidang kimia semakin membara!' katanya lagi.
Ainan yang memang gemar melakukan kajian sendiri di rumah itu juga sebelum ini telah diundang Universiti Teknologi Nanyang (NTU) untuk melawat sebuah makmal sains buat kali pertama.
Labels: A level chemistry, Ainan, Berita Harian, Chemistry, front page news, practical chemistry, Raffles Institution, Raffles Junior College, Singapore