Berita Harian Singapore Polytechnic News.
Here is the article that appeared at the top of the front page of the Berita Harian, Singapore's leading Malay daily, on Tuesday, 13th May 2008.
He was also on the front page of Lianhe Wan Bao, one of the top Chinese dailies (I will try to locate a version of that).
As usual, I have pasted the article here, since Singapore's newspapers archive stories for only about 1 week.
BUDAK PINTAR LAPAN TAHUN DAPAT TEMPAT DI POLY S'PURA
Oleh Soraya Salim
BUDAK pintar ilmu kimia, Ainan Celeste Cawley, lapan tahun, telah mendapat tempat di Politeknik Singapura (SP). Dia dipercayai warga Singapura paling muda belajar di institusi pendidikan tinggi di sini.
SP menawarkan Ainan tempat awal tahun ini setelah ibu bapanya, Encik Valentine Muhammad Cawley, 40 tahun, dan Cik Syahidah Osma, 29 tahun, mencari universiti sesuai bagi anak sulung mereka itu tahun lalu.
Tiga minggu lalu, anak kacukan Ireland dan Melayu itu mula menghadiri kelas di Sekolah Kimia dan Sains Hayat SP, mengambil pelbagai modul kimia tahun pertama hingga ketiga yang dijalankan di makmal.
Ini termasuk modul tahun pertama kimia organik dan bukan organik serta modul tahun ketiga kimia wangian.
Menurut Cik Syahidah, di sesi pertama makmal Ainan membuktikan dia dapat memenuhi keperluan praktikal menjalankan ujian kimia walaupun dia seorang kanak-kanak.
'Bagi setiap sesi makmal, Ainan dipadankan dengan dua orang pelajar. Nampaknya dia tidak mempunyai masalah berinteraksi dengan mereka, malah dia sempat berjenaka dengan mereka,' katanya.
Ainan pula berkata: 'Ini pengalaman praktikal terbaik yang pernah saya lalui.'
Mengulas tentang keupayaan Ainan, Ketua Seksyen Kimia Analisis SP, Dr Ng Kok Chin, berkata: 'Ainan seorang budak yang amat pintar. Kami tidak pernah bertemu seseorang sepertinya sebelum ini.'
Antara eksperimen yang telah Ainan lakukan adalah menyediakan isoamyl acetate, atau minyak pisang, pengasingan limonen daripada buah-buahan sitrus - kedua-duanya eksperimen tahun ketiga - serta penghabluran semula (recrystallization) asid benzoic dan aspirin.
Malah, sempena Hari Ibu kelmarin Ainan mencipta minyak wangi khas untuk ibunya.
'Minyak wangi itu amat harum baunya. Ia hadiah Hari Ibu terbaik buat saya,' kata Cik Syahidah, yang mempunyai dua lagi anak lelaki, Fintan Nadym, empat tahun, dan Tiarnan Hasyl, dua tahun.
Oktober lalu Ainan mendapat pengiktirafan dalam Buku Rekod Singapura sebagai pelajar termuda Singapura lulus mata pelajaran Kimia dalam peperiksaan GCE peringkat 'O'.
Dia mendapat bagi subjek itu walaupun usianya ketika itu hanya tujuh tahun satu bulan. Setelah itu, ibu bapanya memohon kepada beberapa universiti tempatan dan luar negara tetapi ditolak kerana institusi-institusi itu tidak bersedia mengambil budak semuda itu.
Namun, Ainan berpeluang melakukan kerja-kerja praktikal di makmal kimia di Raffles Institution (RI) dan Maktab Rendah Raffles (RJC) serta Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
(If you would like to learn more of Ainan Celeste Cawley, a scientific child prodigy, aged eight years and five months, or his gifted brothers, Fintan, four years and ten months, and Tiarnan, twenty-seven months, please go to: http://scientific-child-prodigy.blogspot.com/2006/10/scientific-child-prodigy-guide.html I also write of gifted education, IQ, intelligence, the Irish, the Malays, Singapore, College, University, Chemistry, Science, genetics, left-handedness, precocity, child prodigy, child genius, baby genius, adult genius, savant, wunderkind, wonderkind, genio, гений ребенок prodigy, genie, μεγαλοφυία θαύμα παιδιών, bambino, kind, niño, gênio criança, gifted adults and gifted children in general. Thanks.)
Labels: Ainan, Berita Harian, front page news, Singapore Polytechnic
0 Comments:
Post a Comment
<< Home