Terimah Kasih dan Tahniah
Pertama sekali kami sekeluarga mahu mengucapkan terima kasih kepada Ainan dan anak-anak saya yang lain, Fintan dan Tiarnan. Tanpa mereka tiadalah cerita dan inspirasi untuk blog ini.
Saya sekeluarga mahu mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada peminat yang sering membaca blog ini. Suami saya amat terharu atas respon yang diterima dari semanjung Malaysia. Siapakah penulis tanpa pembaca ?
Semalam saya ke Johor bersama ibu saya, nenek kepada Ainan. Dia amat terkejut tetapi gembira melihat namanya terpapar di suratkhabar. Kepada ibu dan bapa saya terima kasih.
Kepada suami saya yang tidak faham apa yang tulis....terimah kasih atas cinta kepada anak-anaknya. ; )
Blog ini adalah tentang pendidikan, perangai kanak-kanak dan gelagat Ainan, Fintan dan Tiarnan dan is-isu yang dihadapi seorang "child prodigy". Kalau pembaca minat meninggalkan komen, tolong email kepada the.cawleys@gmail.com.
Labels: anak, cinta, inspirasi, kanak-kanak, pendidikan, tahniah, terima kasih
6 Comments:
I am assuming that this is in Malay? Is it the same as another post in English?
- Kathy
Assalamualaikum Puan,
Tahniah dan syukur kepada Allah kerana mengurniakan puan suami isteri anak2 yang bijak. Kita sama2 org Johor dan saya pun tumpang bangga. Anak2 saya pun 3 org semua usianya lebih kurang anak2 puan. Boleh tak puan kongsikan sedikit bagaimana mengatur jadual harian puan untuk pastikan anak2 belajar? Semoga kita dapat didik mereka jadi anak2 yang bijak dan baik akhlaknya... Amin.. -Puan Idi, Muar, Johor, Malaysia.
Assalamulaikum Puan Idi
Memang susah mengendali masa untuk belajar unutuk kanak-kanak. Amat senang kalau mereka mempunyai minat yang tersendiri jadi mereka lebih bermotivasi untuk belajar sendiri.
Terima Kasih
Syahidah Sekeluarga
Yes, Kathy, this is in Malay - but it is not the same as another post. It is a post for our Malay readers and a thank you note to certain people who needed thanking in Malay - for Malays. I don't know the precise contents, however, so I can't translate for you: I would have to ask my wife.
Best wishes
Puan Syahidah,
Adakah puan masih mengajar anak2 berbahasa Melayu? Saya cadangkan jangan dilupakan bahasa ibunda kita termasuklah adat budaya melayu. Kalau diajarkan bahasa melayu, bahasa bugis sekali kan best.. nanti boleh dia cakap.. "aga gereba..?"..
Jumpa lagi..
-Puan Idi, Muar Johor, Malaysia.-
Puan Idi
Di rumah kami, kami gunakan bahasa Inggeris, ini biasa di Singapura. Dan bahasa ibunda mereka ialah Bahasa Melayu.
Syahidah
Post a Comment
<< Home